Saturday, September 27, 2008

Kebawah DYMM Berangkat ke kemuncak Sambutan Jubli Emas Masjid Omar Ali Saifuddien




KEBERANGKATAN tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddien Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta ahli-ahli kerabat diraja dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas Masjid Omar Ali Saifuddien. Foto : Jurufoto Jabatan Penerangan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 26 September . - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddien Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Menandatangani Tanda Peringatan Jubli Emas Masjid Omar Ali Saifuddien serta Majlis Membaca Surah Yaa'sin, Tahlil dan Doa kesyukuran dan seterusnya menunaikan Sembahyang Fardhu Jumaat di Masjid Omar Ali Saifuddien di ibu negara hari ini.

Majlis bagi memperingati detik bersejarah pembukaan rasmi Masjid Omar Ali Saifuddien yang juga bertepatan diadakan pada hari Jumaat, 26 September 1958 bersamaan 13 Rabiulawal 1378 itu merupakan acara kemuncak Sambutan Jubli Emas Masjid Omar Ali Saifuddien.

No comments:

'Create
Copy this code to your website to display this banner!